Program Kenali NADI Di UNIMAP PERLIS
19 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniProgram S.A.F.E Internet di UNIMAP berlangsung dengan jayanya bersama kerjasama lima pusat NADI. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan digital dan penggunaan internet secara bertanggungjawab.
Antara topik menarik yang dikongsikan:
🔹 Kenali NADI – Memahami fungsi Pusat Sebaran Maklumat Nasional.
🔹 Perkongsian S.A.F.E Internet di media sosial – Panduan bijak dalam penggunaan media sosial.
🔹 Kuiz BINGO Keselamatan Internet – Aktiviti interaktif dan menyeronokkan.
🔹 Pendaftaran Ahli NADI Secara Percuma – Peluang menjadi sebahagian daripada komuniti NADI.
Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan sesi ini. Semoga manfaat daripada program ini terus diamalkan dalam kehidupan seharian!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: